Untuk Ibu dan Bapaku

Ibu dan Bapa ku,

semoga Allah mempermudahkan segala langkah dan usaha ini, agar anakmu ini, dapat memberi segala kebahagiaan dan kegembiraan kepada ibu dan bapa.

Ampunkan anakanda atas segala kelemahan dan kekurangan , dan atas segala kelemahan yang menyebabkan ibu dan bapa terluka, sakit atau tak senang.

Terima kasih atas segala DIDIKAN, DOA dan SOKONGAN. Sehingga anakanda berada di kedudukan kini. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya dengan ganjaran yang berlipatganda, insyallah.

Selagi masih ada hayat di kandung badan, selagi itulah anakanda akan terus berusaha, membahagiakan ibu dan bapa, semampunya.

Doakan anakanda agar sentiasa mendapat ilham dan petunjuk Allah swt, dalam mengejar segala impian dan cita-cita ini. amiiin.


Anakanda Yang Amat Menyayangi Kalian,


vv