Untuk Anak-anak ku

Mami sayangkan kamu semua,

mami ingin kamu berjaya suatu hari nanti.

Mami ingin kamu jadi anak-anak yang solehah, kerana kamu bakal meneruskan cita-cita dan impian mami. Apa pun terjadi, mami tetap sayangkan kamu.

Mami mengimpikan kamu hidup senang dan mudah, berjaya dan menjadi keturunan terhormat lagi ternama, yang disegani.

Segala yang terbaik mami impikan buat kamu. Kamulah nyawa dan kegembiraan mami. Kamulah penerus perjuangan mami.

Insyallah, suatu masa nanti, anak-anak mami  bakal menjadi insan-insan mulia, yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, agama dan ummat manusia seluruh dunia. amiiin.

Mami Yang Menyayangi Kamu,

vv