Impian-impian Vivi



Bismillah hirrohman nirrohim....

Catatan kat Blog ini , adalah catatan tentang impian-impian v. V dengan sedaya upaya, akan berusaha untuk menjadikannya suatu kenyataan.

V seorang insan yang punyai impian yang terlalu besar, cita-cita v memang amat tinggi.

Sekiranya anda menelusuri Blog-blog v, anda akan lihat bagaimana besarnya impian dan cita-cita v. Bagi anda yang berkepentingan atas kejayaan v, atau bagi anda yang sekadar membaca, janganlah bimbang ! Dan janganlah pulak menganggap impian-impian v ini seperti impian Mat Jenin, kerana v sedar, impian dan cita-cita yang tinggi, perlukan usaha berlipat-ganda dan Perjuangan yang tiada akirnya.

Makanya, V sertai segala impian v dengan Usaha bersungguh-sungguh, tanpa mengenal masa, dan wang ringgit, tanpa jemu dan dengan penuh kecekalan, walau pun kegagalan demi kegagalan terpaksa dilalui.

V mencipta impian bukan untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak v, keluarga, insan tersayang, sahabat-sahabat v, dan seluruh warga dunia.

V inginkan suatu kejayaan yang besar.... amat besar... supaya kejayaan itu, dapat v kongsikan dengan setiap insan yang memerlukan.

V ingin, jika kejayaan besar V yang bakal dikecapi nanti, boleh membantu meringankan penderitaan insan-insan yang kesusahan.

Dan lagi, setiap usaha itu, v sertai dengan doa dan tawakal, semoga Allah mudahkan usaha v untuk menjadikan segala impian ini, suatu kenyataan, di suatu masa nanti...



Impian Suci,


Vivi

Amiiin... Insyallah.