Untuk Adik-adiku

Terima kasih untuk seluruh sokongan dan tenaga yang telah kamu berikan,

akak bersyukur memiliki kamu semua sebagai penyokong dan pembantu setia. Hanya Allah yang dapat membalas segala usaha dan bantuan kamu semua.

Kejayaan akan tiba, walau pun bukan secara terus.

Ia perlukan masa, dan kita perlu sabar menantikan tibanya, di samping meneruskan usaha TANPA berhenti walau pun seketika.

INGAT adik-adikku ! Kamu MESTI berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. JANGAN mengharap pada orang lain. Jangan bergantung harap pada usaha orang. Jadikan diri sendiri berguna kepada orang lain. Jadikan dirimu sendiri, seorang yang berguna kepada seluruh dunia !

Akak akan membantu kamu semua setakat yang akak mampu. Akak akan memberikan jalan agar mudah untuk kamu mencapai kejayaan, tetapi selebihnya, akak mahu kamu berusaha untuk diri sendiri.

Semoga adik-adik akak dapat mencipta kejayaan atas usaha dan perjuangan sendiri, dan akak akan mendoakan kamu agar mencapai cita-cita dan impian kamu semua. Insyallah.

Kakak yang menyayangi,


vv